Monday, August 13, 2012

Selamat Hari Raya daripada bboku untuk semua

Alhamdulillah

Pada 16/8/2012 akan berlangsung majlis berbuka puasa dan majlis sumbangan dari Masjid Besi Putrajaya.
Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Puasa.

Diharapkan rakan oku dan rakan bboku pulang ke kampung halaman dengan selamat dan selamat meraikan hari raya bersama sanak saudara dan ibu ayah tercinta.

Kami dari bboku mendokan semua warga oku memandu dengan berhati dan berwaspada dalam perjalanan. Ingatlah Talipinggang keselamatan sentiasa tersisip didada semoga selamat sampai ditempat yang dituju dengan selamat.

Pihak kami bboku memohon keampunan dan kemaafan seandanya pihak kami tersalah atau tersilap dalam semua hal. Pihak bboku memohan keampunan dan kemaafan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Kepada penyumbang untuk sumbangan hari raya pihak bboku mendoakan semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin
'
Pihak Pengurusan BBOKU



Tuesday, December 20, 2011

PROGRAM WAKAF KERUSI RODA BBOKU UNTUK MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN PUTRAJAYA

PROGRAM WAKAF KERUSI RODA BBOKU UNTUK MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN PUTRAJAYA
Alahamdulillah, Insyaallah dengan izinNya dapatlah BBOKU mengadakan satu lagi program khas wakaf kerusi roda untuk masjid-masjid yang memerlukan bagi kegunaan ahli jemaah dan terutamanya untuk kegunaan ahli jemaah yang uzur, warga emas dan golongan oku.

Dengan adanya kemudahan ini diharapkan dapatlah sekurang-kurangnya meringgankan ahli jemaah yang kebiasaan mengunakan kerusi biasa yang dibawa sendiri dari rumah masing-masing bagi kegunaan untuk bersolat dimasjid.
 
Program Wakaf Kerusi Roda ini adalah hasil  kerjasama dari berbagai golongan bagi tujuan mewakafkan kerusi roda. Disamping menunaikan tanggungjawap kepada masyarakat ahli jemaah masjid (Fardu Kifayah).Dengan adanya program wakaf kerusi roda ini dapatlah membuka mata masyarakat dan membuka satu lambaran baru bahawa golongan OKU juga dapat memberi sumbangan untuk masyarakat walaupun dalam bentuk sebegini yang tidak seberapa.

Harsat BBOKU dengan lahirnya program wakaf kerusi roda ini sekurang-kurang dapatlah golongan oku terutamanya BBOKU membantu sekadar yang terdaya bagi menjayakan program ini dengan hasil kerjasama pihak masjid.

Apabila kemudahan kerusi roda ini disediakan diharapkan golongan oku dapat mengimarahkan masjid dan mengadakan aktiviti keagamaan dengan lebih baik dan berkesan.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah dengan kerjasama pihak pengurusan  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya atau dikenali Masjid Besi .Insyaallah akan berlangsungkan pada 23 Disember 2011 Jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Solat Utama.

Diharapkan dapatlah rakan-rakan OKU memberi sokongan bagi menjayakan program ini dengan menghadirkan diri sebagai tanda sokongan anda atas program ini.

Disamping BBOKU mewakafkan kerusi roda BBOKU juga akan memberi papan tanda Parking OKU . Ini adalah hasil dermawan dari sebuah syarikat Dunia Iklan. BBOKU mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Dunia Iklan atas sumbangan yang diberi.

Diharapkan akan lahir lebih ramai membantu BBOKU atau tampil kehadapan bagi menjayakan Program Wakaf Kerusi Roda Untuk Masjid-masjid yang lain yang masih memerlukan kemudahan ini disediakan untuk kegunaan ahli jemaah masjid.




Secara 

Tuesday, September 20, 2011

PEKHIDMATAN SEWA KERUSI RODA DAN LEBEL OKU UNTUK KERETA DAN MOTOSIKAL OKU

Perkhidmatan Sewa Kerusi Roda 
Salam Satu Malaysia !
Pihak bboku ada menawarkan perkhidmatan sewaan kerusi roda bagi mereka yang memerlukan kerusi roda untuk sehari, seminggu dan sebulan. Bayaran sewaan adalah berpatutan. Yang penting disini keperluan ataupun kegunaan kerusi roda adalah diutamakan.

Bayangkan anda perlu kerusi roda hanya untuk seminggu sahaja tetapi perlu beli satu kerusi roda yang baru dengan harga dipasaran, maka terbit rasa tanggungjawap bagi memikul tanggungjawap yang kecil ini maka kami pihak bboku menyediakan beberapa kerusi roda untuk disewakan bagi kegunaan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ini. Insyaallah akan kami pihak bboku membantu anda setakat yang terdaya.
.
Anda boleh menghubungi kami di talian 012-6573824 bagi urusan pentaftaran penyewaan kerusi roda.

Stiker OKU untuk Kereta Oku dan motosikal OKU
Bagi golongan OKU yang memerlukan stiker kenderaan OKU bolehlah mendapatkan stiker OKU disini.
Pihak bboku ada menyediakan berbagai jenis stiker
1.Stiker OKU pada kenderaan motor dan kereta body
2.Stiker OKU pada Cermin kenderaan
3.Stiker OKU boleh ubah dalam kenderaaan papan atau magnetik

Anda boleh menghubungi bbokudi talian 012-6573824



Monday, September 19, 2011

KONVOI 1 MALAYSIA 22 SEPT 2011

Alahamdulillah. Untuk pengetahuan rakan  oku konvoi 1 malaysia akan berakhir dan menamatkan sesi Konvoi 1 Malaysia di Tasik Titiwangsa.

Pada 22 Sept 2011 Konvoi 1 Malaysia akan tiba di tasik titiwangsa dalam anggaran 12.30 tengahari. Disitulah bboku bersama 10 penunggang motosikal OKU akan beramai-ramai menyertai Konvoi 1 Malaysia.Insyallah.

Pihak BBOKU mengambil kesempatan ini juga mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada KDN dan Biker yang menjayakan program Konvoi 1 Malaysia bersama golongan OKU bermotosikal.

Diharapkan pihak yang berkenaan dapatlah pada tahun hadapan melibatkan lebih ramai rakan golongan oku  bermotosikal terlibat dalam acara Konvoi 1 Malaysia.

Dengan acara Konvoi 1 Malaysia ini dapat merapatkan perhubungan diantara golongan oku dengan biker dan pihak kerajaan malaysia 



Wednesday, September 14, 2011

KONVOI 1MALAYSIA

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Allahamdulillah bboku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga OKU seluruh Malaysia. Dengan ucapan Maaf Zahir Batin.

Adalah dimaklumkan bahawa bboku akan mengadakan Konvoi 1 Malaysia pada 17 Sept di Mindef Semarak  jam 7.30 pagi. Seramai 10 OKU bermotosikal OKU akan terlibat dalam konvoi tersebut.

Konvoi ini adalah satu acara bagi menunjukkan satu semangat kemerdekaan yang diluahkan oleh golongan OKU dalam memperjuangkan Semangat Kemerdekaan. Ini adalah acara kerjasama KDN dan Biker.

Diharapkan dengan cara ini dapat mengambarkan bahawa Golongan OKU akan sentiasa berada dihadapan bersama-sama Kerajaaan Malaysia dalam merealisasikan Hari Kemerdekaan walaupun Kami daripada golongan OKU.

Diharapkan rakan-rakan OKU ramai-ramai mengibarkan jalur gemilang pada kereta, motosikal OKU masing-masing, sebagai membakar semangat kemerdekaan negara kita MALAYSIA.

Monday, August 22, 2011

hubungi saya jika perlu 0129048734 ATAUPUN EMAILKAN PADA 9W2OKU@GMAIL.COM

Thursday, June 2, 2011

Sila emailkan semua cadangan atau urusan anda di 9w2oku@gmail.com sila tinggalkan no hp dan alamat untuk tindakan lanjut

Tuesday, January 18, 2011

CAWANGAN BARU BBOKU DI SELAYANG MULIA

Alhamdulillah

Untuk pengetahuan umum pihak bboku memohon maaf di atas kelewatan update laman ini.
Walaubagaimanapun Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dapat pihak bboku membuka cawangan baru di Selangor.
Dimana bboku di Selayang Mulia, Batu Caves, Selangor akan dibuka tidak lama lagi. Cawangan tersebut akan dibuka untuk operasi perniagaan rakan oku.
Perniagaan tersebut akan dikendalikan oleh 3 rakan oku. Bboku akan bertindak badan pengurusan dalam urusan pentadbiran.

Bentuk perniagaan yang akan dibuka terbahagi kepada 3 bentuk perniagaan.
1. MEMBAIK PULIH RADIO, TV, ALAT ELETRONIK DAN ELEKRIK
2. PUSAT PEMBELAJARAN IT DAN INTERNIT
3. KEDAI MAKAN DAN MINUM
Insyaallah Kedai membaikpulih Radio, Tv akan dibuka dalam pertengahan bulan 2 terlebih dahulu. Insyaallah yang lain akan mengikuti kemudiaan.

Sebarang informasi akan di war-warkan dilam laman ini.

Diharapkan mendapat perhatian orang ramai dan dapat memberi sokongan terhadap OKU yang ingin menceburi bidang ini mudah-mudahan orang ramai dapat memberi sokongan dan bantuan terhadap golongan oku ini.

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari BBOKU Untuk OKU Semua

Alhamdulillah, Selamat Kita Berpuasa dan Meraikan Hari Lebaran dengan penuh ceria.
Kami dari Pihak Pengurusan BBOKU mengambil kesempatan dalam kecerian dan kesukaan dalam meraikan hari kemenangan setelah penat berpuasa dan melatih Jiwa dan Raga untuk mendekati kepad Allah.

Dengan Ini kami dari Pihak Pengurusan BBOKU mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010. Maaf Zahir Dan Batin Untuk Semua OKU seluruh Malaysia maupun Di Indonesia dan amnya seluruh Negara.

email: bboku.malaysia@gmail.com. Sebarang komen dan cadangan dialukan di email ini.

Terima kasih dari Pihak Pengurusan BBOKU

Tuesday, March 17, 2009

PROGRAM MELAHIRKAN USAHAWAN OKU

Assalamualaikum!
Alhamdulillah setelah sekian lamanya tidak disiarkan sebarang maklumat terkini disebabkan pihak BBOKU sedang rancak merancang satu program . Kini BBOKU telah kembali bersama satu program untuk melahirkan Usahawan OKU melalui Pengkongsian Bijak Cemerlang yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Insyaallah.

Insyaallah permulaan program ini akan disertai seramai 20 orang OKU. Ianya terbahagi kepada 2 fasa.

Fasa pertama, seramai 10 orang OKU dan 5 orang sukarelawan sebagai pembantu OKU dalam melancarkan lagi urusan OKU semasa program ini berjalan.

Fasa kedua pula akan diikuti seramai 10 OKU lagi berserta 5 orang sukarelawan yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam di tempat yang akan ditetapkan kemudian, penginapan dan makanan akan diuruskan oleh pihak BBOKU. Segala bahan program disediakan.

Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan Usahawan OKU melalui Pengkongsian Bijak Cemerlang. Di mana BBOKU mengharap rakan OKU yang tidak berkerja mahupun yang berkerja akan memulakan kerjaya usahawan ini sebagai titik mula kerjaya mereka dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat .

Agar dengan lahirnya Usahawan OKU ini dapat membuka mata serta minda masyarakat bahawasanya OKU boleh melakukan sesuatu yang orang lain boleh melakukannya. Asalkan mereka ini diberi peluang, tempat, sokongan, bantuan sewajarnya untuk menuju kearah Usahawan OKU. Insayaallah.

Hj Rizal Wafa. BBOKU

Thursday, October 16, 2008

BANTUAN SEGERA BBOKU

Bantuan Segera diberikan !

Gambar di sebelah merupakan motosikal OKU yang mempunyai 2 roda dibelakang telah mengalami tayar bocor di sekitar kepong.
Apa yang amat menyedihkan penunggang OKU ini terpaksa bermalam di atas motosikal di Jalan Kuching sementara menunggu ke esok hari bagi membolehnya menukar tayar yang bocor itu.
Alahamdulillah ada juga Insan yang perihatin memberi bantuan dengan menumpang sementara di Taman Jualan Bunga disekitar Kepung.
Dengan ini pihak BBOKU telah berusaha untuk dan telah mendapat Sport Rim terpakai untuk di sumbangkan kepada beliau. Dengan penggunaan sport rim lebih mudah kerana ia menggunakan tube less .Kalau belaku kebocoran pun boleh di pam sementara.
BBOKU hanya dapat menyediakan 1 pasang spot rim terpakai dan satu tayar terpakai. Tapi masih memerlukan 1 lagi tayar untuk dibelakang. saiz 80/90 janji tube less amat diperlukan untuk diberi kepada penunggang OKU ini. Sila hubungi 017-3196873 untuk sumbangan segera.

Senarai Bantuan Dapur BBOKU

Insyaallah akan dinyatakan.

Monday, October 13, 2008

GAMBAR BANTUAN DAPUR BBOKU

BANTUAN DAPUR BBOKU - Semua Bantuan Dapur ini disumbangkan oleh SCS COMMUNICATION & SPORT oleh Yang Berbahgia Dato' Shah Harizal b. Kamarudin SG1 GT merupakan seorang Pengarah The Pre-Amateur Radio Club Kajang, Selangor.

Alahamdulillah, di atas sokongan dan bantuan yang diberikan BBOKU mendoakan semua yang terlibat dengan SCS dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sentiasa berada didalam keberkatan dan keredhaan Allah. Amin! Ya Rabbal alamin.
Di harapkan lebih banyak lagi Persatuan, NGO dan Pihak Swasta dapat meringgankan beban Dapur OKU.

Pihak BBOKU amat berbangga dengan segala bantuan dan sumbangan yang disalurkan semuga bantuan dapat diteruskan dari masa kesemasa.

Segala bentuk Bantuan Dapur BBOKU akan disenaraikan dalam ruangan Senarai Bantuan Dapur BBOKU didalam keluaran minggu hadapan insyaallah.


Gambar-gambar yang dipaparkan merupakan dari golongan semua OKU, Warga Emas dan Ibu Tunggal yang menerima Bantuan Dapur BBOKU.

Gambar di atas adalah seorang golongan OKU yang suami isteri OKU. Mereka mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang belajar di sekolah rendah.

Pihak BBOKU mengharapkan dengan bantuan yang disalurkan walaupun tidak seberapa diharapkan dapat meringgankan beban dapur dikalangan OKU,Warga Emas dan Ibu Tunggal.








Gambar disebelah kanan ini merupakan seorang Warga Emas yang masih berkerja semata-mata untuk menampung keperluan hidup. Dengan ini BBOKU mengambil kesempatan ini menghulurkan Bantuan Dapur BBOKU bagi meringgankan beban dapur warga emas ini.
Diharapkan bantuan seumpama ini dapat disalurkan dengan lebih banyak lagi dengan adanya para penyumbang yang dapat memberi sumbangan terus kepada Badan Bertindak OKU Malaysia (BBOKU) di talian 017-3196873 atau waktu pejabat 03-88843379 .

Segala bentuk bantuan kewangan hendaklah namakan kepada BADAN BERTINDAK OKU
di No Akaun CIMB : 1601-0000650-05-4
Cawangan Putrajaya

Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Gambar sebelah adalah seorang Ibu Tunggal yang juga mempunyai anak OKU . Walaupun anaknya usianya13 tahun tapi yang masih belajar sekolah rendah.
Dengan ini BBOKU bertindak memberi Bantuan Dapur BBOKU kepada beliau dan anaknya agar dapat meringgankan beban kehidupan beliau sekeluarga. Beliau seorang yang gigih berkerja walaupun bergelar Ibu Tunggal. Semoga berjaya selalu.

ZIARAH RAKAN OKU SEMPENA HARI RAYA DI PULAU PINANG

MENZIARAHI RAKAN OKU DI PULAU PINANG SEMPENA HARI RAYA ADIL FITRI 2008
pada 02 Oktober 2008 bersamaan Hari Raya Kedua


Gambar di atas adalah bonda kepada En. Kasim yang berumur 71 tahun masih sihat.

Mereka berdua adalah sepasang suami isteri yang OKU Penglihatan. Isterinya berasal dari Kelantan dan Suaminya dari Penang. Orang Pulau Pinang laa . Nama suaminya ialah En. Kasim dan Isterinya pula Pn. Zainab.




Rumah yang diziarah oleh BBOKU adalah rumah suami di Penang yang terletak didalam kawasan Kuala Muda dan ditempat yang bernama Pasir Gebu.

Mereka suami isteri adalah sebahagian daripada nama 15 orang yang tersenarai sebagai penerima BANTUAN DAPUR . Bantuan yang diagihkan oleh Badan Bertindak OKU Malaysia.





Disanalah kami dari BBOKU disambut dengan meriah dan siap dengan sarapan tengah hari sekali disediakan.


Alhamdulillah menu tengahhari dekat penang adalah gulai ikan sungai (ikan puyu) dan sambal belacan, penang mari laa dan ulamnya pucuk kangkung diambil tepi parit yang tumbuh liar segar bugar. Sedap jangan cakap memang sedap


Ini adalah gambar Pn. Zainab atau lebih mesra dipanggil Kak Nab. Kak Nab merupakan surirumah tangga sepenuh masa disamping membantu Abang Kasim di kedai urut mereka.




Disebelah kanan adalah Gambar Abang Kasim sedang duduk bersandar setelah selesai makan tengah hari bersama BBOKU.
Ini sahaja untuk kali ini dari BBOKU. Akhir kata Sambutlah Salam Aidil Fitri buat semua ahli BBOKU dan AJK serta Badan Penasihat BBOKU . Maaf Zahir dan Batin. Selamat Hari Raya.

Monday, September 1, 2008

MOTOSIKAL OKU

JENIS MOTOSIKAL OKU
Motosikal OKU- Tiga Roda Dibelakang
Lengkap dengan Papan Tanda "AWAS PEMANDU CACAT" mengikut ketetapan kehendak JPJ Malaysia.


Gambar di atas adalah gambar zoom untuk kedudukan roda dibelakang
Jenis Motosikal OKU
Motosikal OKU- Dua Roda dibelakang
mempunyai side ditepi.
Membolehkan kerusi roda (Whell Chair) boleh dibawa bersama dengan penunggang OKU.
Mempunyai Logo OKU dan tulisan tersebut mempunyai pembalikan cahaya untuk kegunaaan diwaktu malam.

Anda boleh menghubungi kami di talian 012-6573824
  Bagi mendapatkan Logo OKU berkenaan.

Tuesday, August 26, 2008

SUMBANGAN / DERMA DIPERLUKAN

DERMA/DONATION

Ya, saya sedia membantu BADAN BERTINDAK OKU.
Derma sebanyak RM:............................................ atas nama BADAN BERTINDAK OKU.

NO AKAUN:
BADAN BERTINDAK OKU

Bank CIMB Putrajaya
1601-0000650-05-4


atau melalui Wang Pos/Kiriman Wang/ Cek/Bank Draf

No :.......................................................

atas nama BADAN BERTINDAK OKU



* *Semua bentuk sumbangan kewangan hendaklah di atas nama BADAN BERTINDAK OKU bukan atas nama individu/perseorangan.

KEPADA SIAPA SUMBANGAN / DERMA DISALURKAN

SUMBANGAN / DERMA ANDA

Segala sumbangan dan derma akan disalurkan bagi tujuan berikut:

1. Sumbangan Kerusi Roda, Motosikal dan perkara yang difikirkan perlu untuk golongan OKU.

2. Menguwujudkan Dana sebanyak RM30 ribu dalam 1 tahun bagi peruntukan membeli kerusi roda ringan OKU , motosikal OKU, pembelajaran pendidikan, perlanjutan pelajaran dan disumbangkan kepada golongan OKU.

3. Membantu anak-anak OKU melanjutkan pelajaran melalui sumbangan derma dan Belanja Sara Hidup golongan OKU setiap bulan.

MISI DAN VISI BBOKU

MISI DAN VISI

1. Bantu Kami Untuk Bantu Diri Sendiri.
2. Bantu Kami Untuk Kami Bantu Golongan OKU lain.

LATAR BELAKANG BBOKU

LATAR BELAKANG

Ditubuhkan oleh sekompulan golongan OKU dan orang awam yang mempunyai kesedaran bagi memupuk kesedaran dan meningkatkan taraf hidup OKU melalui ekomoni, pendidikan, dan Modal Insan Bertaqwa.

Badan Bertindak OKU ditubuhkan pada 27 Julai 2006

Badan Bertindak OKU ingin menolong diri sendiri, golongan OKU melalui aktiviti yang dijalankan bersama keluarga, masyarakat, badan koprat dan pihak kerajaan Malaysia
.

PERKHIDMATAN BBOKU

PERKHIDMATAN

Ø Khidmat Nasihat Motivasi
Ø Motivasi Diri
Ø Pusat Pembelajaran IT
Ø Khidmat Nasihat Perniagaan
Ø Program Peningkatan Diri (Self Development Programs)
Ø Modal Insan, Islam Hadhari dan Kefahaman Islam