Tuesday, March 17, 2009

PROGRAM MELAHIRKAN USAHAWAN OKU

Assalamualaikum!
Alhamdulillah setelah sekian lamanya tidak disiarkan sebarang maklumat terkini disebabkan pihak BBOKU sedang rancak merancang satu program . Kini BBOKU telah kembali bersama satu program untuk melahirkan Usahawan OKU melalui Pengkongsian Bijak Cemerlang yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Insyaallah.

Insyaallah permulaan program ini akan disertai seramai 20 orang OKU. Ianya terbahagi kepada 2 fasa.

Fasa pertama, seramai 10 orang OKU dan 5 orang sukarelawan sebagai pembantu OKU dalam melancarkan lagi urusan OKU semasa program ini berjalan.

Fasa kedua pula akan diikuti seramai 10 OKU lagi berserta 5 orang sukarelawan yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam di tempat yang akan ditetapkan kemudian, penginapan dan makanan akan diuruskan oleh pihak BBOKU. Segala bahan program disediakan.

Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan Usahawan OKU melalui Pengkongsian Bijak Cemerlang. Di mana BBOKU mengharap rakan OKU yang tidak berkerja mahupun yang berkerja akan memulakan kerjaya usahawan ini sebagai titik mula kerjaya mereka dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat .

Agar dengan lahirnya Usahawan OKU ini dapat membuka mata serta minda masyarakat bahawasanya OKU boleh melakukan sesuatu yang orang lain boleh melakukannya. Asalkan mereka ini diberi peluang, tempat, sokongan, bantuan sewajarnya untuk menuju kearah Usahawan OKU. Insayaallah.

Hj Rizal Wafa. BBOKU