Monday, September 1, 2008

MOTOSIKAL OKU

JENIS MOTOSIKAL OKU
Motosikal OKU- Tiga Roda Dibelakang
Lengkap dengan Papan Tanda "AWAS PEMANDU CACAT" mengikut ketetapan kehendak JPJ Malaysia.


Gambar di atas adalah gambar zoom untuk kedudukan roda dibelakang
Jenis Motosikal OKU
Motosikal OKU- Dua Roda dibelakang
mempunyai side ditepi.
Membolehkan kerusi roda (Whell Chair) boleh dibawa bersama dengan penunggang OKU.
Mempunyai Logo OKU dan tulisan tersebut mempunyai pembalikan cahaya untuk kegunaaan diwaktu malam.

Anda boleh menghubungi kami di talian 012-6573824
  Bagi mendapatkan Logo OKU berkenaan.

Tuesday, August 26, 2008

SUMBANGAN / DERMA DIPERLUKAN

DERMA/DONATION

Ya, saya sedia membantu BADAN BERTINDAK OKU.
Derma sebanyak RM:............................................ atas nama BADAN BERTINDAK OKU.

NO AKAUN:
BADAN BERTINDAK OKU

Bank CIMB Putrajaya
1601-0000650-05-4


atau melalui Wang Pos/Kiriman Wang/ Cek/Bank Draf

No :.......................................................

atas nama BADAN BERTINDAK OKU



* *Semua bentuk sumbangan kewangan hendaklah di atas nama BADAN BERTINDAK OKU bukan atas nama individu/perseorangan.

KEPADA SIAPA SUMBANGAN / DERMA DISALURKAN

SUMBANGAN / DERMA ANDA

Segala sumbangan dan derma akan disalurkan bagi tujuan berikut:

1. Sumbangan Kerusi Roda, Motosikal dan perkara yang difikirkan perlu untuk golongan OKU.

2. Menguwujudkan Dana sebanyak RM30 ribu dalam 1 tahun bagi peruntukan membeli kerusi roda ringan OKU , motosikal OKU, pembelajaran pendidikan, perlanjutan pelajaran dan disumbangkan kepada golongan OKU.

3. Membantu anak-anak OKU melanjutkan pelajaran melalui sumbangan derma dan Belanja Sara Hidup golongan OKU setiap bulan.

MISI DAN VISI BBOKU

MISI DAN VISI

1. Bantu Kami Untuk Bantu Diri Sendiri.
2. Bantu Kami Untuk Kami Bantu Golongan OKU lain.

LATAR BELAKANG BBOKU

LATAR BELAKANG

Ditubuhkan oleh sekompulan golongan OKU dan orang awam yang mempunyai kesedaran bagi memupuk kesedaran dan meningkatkan taraf hidup OKU melalui ekomoni, pendidikan, dan Modal Insan Bertaqwa.

Badan Bertindak OKU ditubuhkan pada 27 Julai 2006

Badan Bertindak OKU ingin menolong diri sendiri, golongan OKU melalui aktiviti yang dijalankan bersama keluarga, masyarakat, badan koprat dan pihak kerajaan Malaysia
.

PERKHIDMATAN BBOKU

PERKHIDMATAN

Ø Khidmat Nasihat Motivasi
Ø Motivasi Diri
Ø Pusat Pembelajaran IT
Ø Khidmat Nasihat Perniagaan
Ø Program Peningkatan Diri (Self Development Programs)
Ø Modal Insan, Islam Hadhari dan Kefahaman Islam

MATLAMAT DAN TUJUAN BBOKU


  1. Memupuk semangat berdikari dan berani menghadapi cabaran kehidupan dikalangan OKU.
  2. Pusat Sumber Maklumat OKU bagi mendapatkan maklumat Pendidikan dan Khidmat Nasihat profesional dikalangan pakar-pakar berkenaan.
  3. Untuk mempromosi taraf hidup yang lebih selesa dikalangan golongan OKU melalui Pendidikan, Kegunaan Teknologi Maklumat terkini , Jati Diri dan Hak Asasi
  4. Manusia terutamanya Golongan OKU agar terus terbela dari masa ke semasa.
    Untuk Mengujudkan Pusat Pembelajaran Teknologi Maklumat dan pekara yang berkaitan.
  5. Mengujudkan dan memperkasakan Golongan Usahawan OKU dikalangan OKU melalui Pengkongsian Bijak.